Dapatkan Huawei AP38 Super Car Charger Bernilai RM127 Dengan Setiap Pembelian Siri Huawei P30 Comments Off on Dapatkan Huawei AP38 Super Car Charger Bernilai RM127 Dengan Setiap Pembelian Siri Huawei P30 247

Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap pra-tempah fasa pertama untuk model Huawei P30 dan P30 Pro akan menawarkan pelbagai hadiah percuma seperti sarung pelindung istimewa dan juga Huawei Backup Storage 1TB. Manakala pra-tempah fasa kedua pula menawarkan Huawei AP38 Super Car Charger dan juga Huawei AM61 Bluetooth Earphone secara percuma untuk 700 yang terawal.

Sekiranya anda terlepas untuk membuat pra-tempah, Huawei masih menjanjikan nilai belian yang lebih baik. Bermula hari ini (8 April 2019), setiap pembelian Huawei P30 dan juga P30 Pro akan turut menerima Huawei AP38 Super Car Charger bernilai RM127 secara percuma. Unit yang telah ditempah akan dihantar bermula 12 April 2019 nanti.

Walau bagaimanapun, promosi hadiah percuma dengan setiap pembelian siri Huawei P30 ini adalah terhad dan bergantung kepada stok. Jadi sekiranya anda ingin memilikinya, pembelian boleh dibuat terus melalui Huawei Online Stores seperti berikut:

Tonton video buka kotak:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend