Dapatkan Hadiah Percuma Sehingga RM448 Dengan Pembelian Peranti Xperia Terpilih Sempena Hari Raya Ini Comments Off on Dapatkan Hadiah Percuma Sehingga RM448 Dengan Pembelian Peranti Xperia Terpilih Sempena Hari Raya Ini

Bagi meraikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Sony Mobile Communications (Sony Mobile) hari ini telah mengumumkan promosi menarik ‘Hari Raya Bersama Xperia’ yang berlangsung dari 15 Mei hingga 1 Julai 2018 nanti.

Sepanjang promosi ini berlangsung, pengguna akan diberikan hadiah percuma secara eksklusif bernilai RM448 dan RM199 dengan setiap pembelian Xperia XZ2, Xperia XZ Premium, Xperia XA2 Ultra dan Xperia XA1 Plus. Pek hadiah eksklusif ini akan mengandungi pelbagai aksesori termasuklah pelindung skrin nano, sarung pelindung Sony, power bank 10000 mAh, selfie stick Xperia, ring Xperia, dan juga kabel OTG.

Lebih menariknya, pengguna yang membeli model Xperia XZ2 dan Xperia XZ Premium akan turut menerima tambahan fon kepala tanpa wayar Sony CH400 secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend