Dapatkan 1 Tiket Wayang Percuma Di TGV Cinemas Dengan E-Dompet Touch ‘n Go – Setiap Sabtu Sepanjang Oktober Comments Off on Dapatkan 1 Tiket Wayang Percuma Di TGV Cinemas Dengan E-Dompet Touch ‘n Go – Setiap Sabtu Sepanjang Oktober

Jika anda bercadang untuk meluangkan hujung minggu ini untuk menonton wayang, Touch ‘n Go dan TGV Cinemas telah berkolaborasi untuk menawarkan promosi eksklusif yang tidak patut anda lepaskan. Pada setiap hari Sabtu sepanjang bulan Oktober ini, anda boleh mendapatkan 1 tiket wayang percuma apabila anda membuat pembelian tiket wayang di kaunter TGV Cinemas di seluruh negara.

Untuk mendapatkan tiket wayang percuma ini, anda hanya perlu membuat pembayaran tiket wayang yang dibeli menggunakan aplikasi e-dompet Touch ‘n Go di mana-mana cawangan TGV Cinemas. Promosi yang akan bermula pada 6 Oktober ini, membolehkan anda mendapatkan sepasang tiket wayang untuk semua tayangan hebat yang akan ditayangkan sepanjang bulan ini.

Ikuti langkah berikut untuk menikmati promosi eksklusif ini:

  1. Muat turun aplikasi e-dompet Touch ‘n Go di Apple App Store atau Google Play Store.
  2. Tambah nilai e-dompet Touch ‘n Go.
  3. Promosi ini sah pada setiap hari Sabtu sepanjang bulan Oktober (610, 13/10, 20/10 dan 27/10), selagi stok masih ada.
  4. Hanya sah dengan setiap pembelian tiket di kaunter TGV Cinemas dengan menggunakan e-dompet Touch ‘n Go.
  5. Hanya sah untuk tayangan pada hari Sabtu sepanjang Oktober ini sahaja.
  6. Hanya sah untuk tiket dengan tempat duduk standard atau pilihan sahaja.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend