CTOS Kini Menawarkan 100,000 Laporan Kredit CTOS Score Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad Comments Off on CTOS Kini Menawarkan 100,000 Laporan Kredit CTOS Score Secara Percuma Untuk Tempoh Terhad

Apabila anda ingin membuat pinjaman, bank dan juga institusi kewangan kebiasaannya akan mengesahkan status laporan kredit anda melalui agensi seperti CTOS untuk melihat sejarah kredit pemohon sebelum pinjaman diluluskan.

Namun begitu untuk mendapatkan laporan kredit daripada CTOS, anda perlu membayar sebanyak RM26.50 untuk setiap laporan. Menariknya kini untuk tempoh terhad sehingga 14 April 2020, anda boleh memuat turun laporan kredit CTOS Score secara percuma.

Sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ketika wabak COVID-19 melanda, CTOS kini menawarkan sehingga 100,000 laporan kredit CTOS Score (bernilai RM2.5 juta) secara percuma untuk rakyat Malaysia bagi memudahkan mereka mengetahui kedudukan kewangan mereka.

Untuk menikmati laporan kredit CTOS Score, anda perlu mendaftar ke laman https://ctosid.ctos.com.my/. Penebusan laporan kredit CTOS Score boleh dibuat dengan memasukkan kod promo ‘FREEMCO20’ untuk memuat turun laporan MyCTOS Score secara percuma.

Apa yang dipaparkan di dalam laporan MyCTOS Score:

1. CTOS Score

CTOS Score akan memaparkan nombor 3 digit yang akan menjadi panduan kepada bank atau institusi kewangan untuk menentukan status pinjaman kenderaan, pinjaman rumah, kad kredit ataupun pinjaman kewangan. Skor ini akan dicatatkan berasaskan kepada cara pembayaran semula kredit anda yang terdahulu.

2. Kesimpulan Laporan MyCTOS Score

Bahagian ini akan memaparkan kesimpulan laporan kredit anda, ini termasuklah baki hutang pinjaman, jumlah akaun pinjaman, status bankrap, status pembayaran tertunggak, status kes mahkamah dan juga status rujukan perdagangan elektronik.

3. Akaun Pinjaman

Segala akaun pinjaman yang telah anda buat dan juga rekod pembayaran untuk tempoh 12 bulan akan dipaparkan di ruangan ini. Ia akan memaparkan nama bank/institusi kewangan, baki pinjaman dan juga rekod bayaran tertunggak untuk setiap akaun pinjaman yang anda buat.

4. Ganjaran

Sekiranya anda memiliki rekod CTOS Score yang baik, ruangan ‘Rewards’ ini akan menyenaraikan pelbagai tawaran yang boleh anda mohon seperti kad kredit, pinjaman peribadi, pengurangan bayaran bulanan, pinjaman perniagaan, pinjaman kenderaan dan juga ansuran pemilikan telefon pintar (akan datang).

Muat turun aplikasi CTOS:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend