COVID-19: Malaysia Mencatatkan 117 Kes Keseluruhan Dengan 18 Kes Baharu Comments Off on COVID-19: Malaysia Mencatatkan 117 Kes Keseluruhan Dengan 18 Kes Baharu

Setakat 9 Mac 2020, jam 12 tengah hari, KKM telah memaklumkan terdapat 18 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan di negara ini. Kesemua kes telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

KKM turut memaklumkan satu kes (kes ke-101) yang dikesan di kalangan Patient Under Investigation (PUI) telah dilaporkan melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran. Kes bersama dengan rakan perniagaan beliau telah ke Iran pada 20 Februari sehingga 27 Februari 2020.

Kes telah dikesan bergejala pada 5 Mac 2020 dan telah disahkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2020. Kini kes telah dirawat dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Dengan pertambahan 18 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 117 kes. Daripada jumlah ini sebanyak 19 kes dikesan di kalangan PUI, 96 kes dari kalangan kontak rapat dan dua (2) lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan.

Dua kes yang dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi semalam, masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi dan masih memerlukan bantuan alat pernafasan.

Untuk makluman, kes-kes gelombang kedua yang dilaporkan ini (bermula kes ke-23 sehingga kes ke-117), hanya enam (6) kes sahaja yang dilaporkan dari kalangan PUI dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Manakala kes-kes lain pula melibatkan kluster yang terdiri daripada kontak-kontak rapat dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

sumber: Twitter/KKM

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend