COVID-19: Malaysia Catat Kematian Ke-9, Kes Pertama Melibatkan Kakitangan Kesihatan Comments Off on COVID-19: Malaysia Catat Kematian Ke-9, Kes Pertama Melibatkan Kakitangan Kesihatan

Melalui perkongsian status Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah telah mengumumkan terdapat satu lagi kes kematian baharu berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan oleh Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Laporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak sembilan (9) kes setakat ini.

Kes kematian kesembilan merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun.

Beliau yang merupakan seorang doktor perubatan KKM, sebelum ini mempunyai sejarah perjalanan ke negara Turki. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.

Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.

sumber: Facebook/DGHisham

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend