COVID-19: Malaysia Catat 140 Kes Baharu Dengan Jumlah Kematian Cecah 43 Orang Setakat 31 Mac 2020 Comments Off on COVID-19: Malaysia Catat 140 Kes Baharu Dengan Jumlah Kematian Cecah 43 Orang Setakat 31 Mac 2020

Setakat jam 5 petang pada 31 Mac 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan sebanyak 140 kes baharu telah dicatatkan di negara ini, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 adalah 2,766 kes.

kredit infografik: MySumber

Dukacita dimaklumkan, terdapat 6 kes kematian baharu telah dicatatkan, menjadikan 43 kes kematian atau 1.55% daripada keseluruhan kes setakat 31 Mac 2020.

  • Kes kematian ke-38: wanita tempatan berusia 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Merupakan kontak kepada kes ke-2750. Beliau telah dirawat di HTJ Seremban pada 25 Mac dan disahkan meninggal dunia jam 4.04pm pada 30 Mac 2020.
  • Kes kematian ke-39: lelaki tempatan berusian 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau meninggal dunia di rumah pada 27 Mac 2020 dan jenazah telah dibawa ke HKL.
  • Kes kematian ke-40: lelaki tempatan berusia 69 tahun (kes ke-2627) yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 1.03pm.
  • Kes kematian ke-41: lelaki warganegara Indonesia berusia 40 tahun (kes ke-1275). Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.
  • Kes kematian ke-42: lelaki tempatan berumur 81 tahun (kes ke-2628) dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 7.09 pagi.
  • Kes kematian ke-43: lelaki tempatan berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.03 petang.

Menurut KKM, 94 kes lagi kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 60 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. Manakala 537 kes lagi telah dilaporkan telah sembuh dan discaj dari hospital.

sumber: Twitter/KKMPutrajaya

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend