COVID-19: 190 Kes Baharu Dilaporkan Semalam, Menyaksikan 428 Kes Keseluruhan Di Malaysia Comments Off on COVID-19: 190 Kes Baharu Dilaporkan Semalam, Menyaksikan 428 Kes Keseluruhan Di Malaysia

Setakat jam 12 tengah hari semalam (15 Mac 2020), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan terdapat 190 kes baharu positif COVID-19 telah dicatatkan di Malaysia. Ini menjadikan kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 428 kes.

Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes-kes baharu ini adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling. Bahkan sehingga kini, seramai sembilan (9) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan bahawa tujuh (7) kes yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini telah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Sungai Buloh. Ini menjadikan 42 kes telah pulih sepenuhnya.

sumber: Twitter/KKMPutrajaya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend