COVID-19: 15 Kakitangan Kesihatan, Termasuk Tiga Dari Sektor Swasta Disahkan Positif, Seorang Di ICU Comments Off on COVID-19: 15 Kakitangan Kesihatan, Termasuk Tiga Dari Sektor Swasta Disahkan Positif, Seorang Di ICU

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan 15 kakitangan kesihatan, termasuk tiga dari sektor swasta telah disahkan positif COVID-19.

Salah seorang daripada kakitangan KKM yang positif COVID-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pihak KKM turut menyampaikan mesej ringkas yang meminta orang ramai – ‘bantu kami untuk membantu anda’. Melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pihak berkuasa telah berulang kali meminta orang ramai agar berada di rumah, dan tidak melakukan sebarang aktiviti luar termasuklah berjogging.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend