[Kemas Kini] COVID-19: 12 Kes Baharu Di Malaysia, Kini Meningkat 129 Kes Keseluruhan Setakat 10 Mac 2020 Comments Off on [Kemas Kini] COVID-19: 12 Kes Baharu Di Malaysia, Kini Meningkat 129 Kes Keseluruhan Setakat 10 Mac 2020

Kemas kini (11 Mac 2020 @ 5.15PM): KKM telah memaklumkan terdapat 20 kes baharu dilaporkan di Malaysia setakat 11 Mac 2020. Ini menjadikan 149 kes keseluruhan. Pesakit kes ke-78 pula telah sembuh menjadikan 26 kes sembuh dan discaj hospital.


[Artikel asal]

KKM telah memaklumkan bahawa kini terdapat 12 kes baharu jangkitan COVID-19 yang dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 10 Mac 2020. Penambahan kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 129 kes.

Kes-kes positif ini adalah dalam kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan. Seorang kes, iaitu kes ke-87 telah pulih dan didiscaj daripada hospital. Ini menjadikan setakat ini seramai 25 orang telah pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad.

Nasihat Kesihatan Berkaitan COVID-19 oleh KKM:

Rakyat Malaysia yang bergejala dinasihatkan agar tidak mengunjungi tempat-tempat yang padat dengan orang ramai. Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

Begitu juga, rakyat Malaysia adalah diingatkan untuk menjaga kesihatan diri, keluarga dan masyarakat dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:

  • Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
  • Amalkan etika batuk yang baik iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk atau bersin.
  • Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukatan untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan ke negara-negara yang terjejas.

Senarai Hospital Rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki (PUI) dan Sahih 2019-nCOV:

sumber: Twitter/KKM

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend