Corning Mengesahkan Penghasilan Kaca Perlindungan Untuk Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat Comments Off on Corning Mengesahkan Penghasilan Kaca Perlindungan Untuk Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

Samsung dan Huawei sebelum ini masing-masing menjadi antara pengeluar terawal yang telah memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat keluaran mereka iaitu Galaxy Fold dan juga Mate X. Rekaan sebegini tidak dinafikan sangat mengujakan, tetapi dalam masa yang sama ia lebih mudah tercalar kerana tampil dengan penggunaan panel skrin jenis plastik.

Menyedari akan keperluan untuk melindungi permukaan panel skrin plastik fleksibel ini, Pengurus Besar Corning iaitu John Bayne telah mengesahkan bahawa mereka kini sedang dalam proses untuk menghasilkan panel perlindungan kaca khusus untuk peranti tersebut.

Namun begitu cabaran utama yang dihadapi mereka adalah untuk menghasilkan lapisan skrin kaca yang betul-betul nipis bagi membolehkannya dilipat tanpa mengganggu bahagian lengkungan skrin. Melalui maklumat yang dikongsikan, Corning menyasarkan untuk menghasilkan panel perlindungan kaca setebal 0.1mm, dan berupaya dilengkungkan antara 3 hingga 5mm.

Sebenarnya Corning sebelum ini telahpun memperkenalkan panel kaca fleksibel yang dikenali sebagai Willow Glass, tetapi ia tidak digunakan pada telefon pintar kerana boleh menghakis permukaan skrin.

Selain pendedahan yang dikongsikan ini, ada desas-desus yang membuat spekulasi bahawa Apple juga mungkin akan turut menawarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat kerana Corning merupakan salah satu daripada rakan niaga dan juga melabur dalam jenama itu.

Baca juga:

Huawei Mate X vs Samsung Galaxy Fold – Perbandingan Spesifikasi Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat

Samsung Galaxy Fold Diperkenalkan – Peranti Inovasi Yang Berharga Lebih RM8,000

Huawei Mate X Kini Rasmi Sebagai Telefon Pintar 5G Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Pertama Di Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend