Contoh Hasil Gambar Mod Malam Pada Meizu 16s Dibandingkan Dengan Empat Model Lain Comments Off on Contoh Hasil Gambar Mod Malam Pada Meizu 16s Dibandingkan Dengan Empat Model Lain

Baru-baru ini satu contoh hasil gambar menggunakan mod malam pada Meizu 16s telah dikongsikan di Internet dan lebih menariknya ia telah dibandingkan dengan empat lagi peranti mercu. Melalui perkongsian gambar itu, hasil gambar yang diambil dengan Meizu 16s dilihat lebih baik jika dibandingkan dengan iPhone X, Xiaomi Mi 9 dan juga Samsung Galaxy S10+.

iPhone X
Meizu 16s
Xiaomi Mi 9
Samsung Galaxy S10+

Meizu 16s dilaporkan akan menyokong skrin AMOLED 6.2 inci FHD+ dengan rekaan bezel nipis, dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855, kapasiti RAM sehingga 8GB, ruang storan 128GB, bateri 3600 mAh dengan pengecasan pantas 24W, dan dioperasikan oleh Android 9.0 Pie.

Ketirisan imej dipercayai Meizu 16s.

Aspek penggambaran Meizu 16s dibantu dengan dwi kamera beresolusi 48MP (Sony IMX586, OIS) + 5MP, dan juga kamera swafoto beresolusi 20MP. Berdasarkan khabar angin yang dikongsikan, Meizu 16s berkemungkinan besar akan mula dilancarkan pada 23 April 2019 nanti.

Baca juga:

Gambar Meizu 16s Tertiris Memperlihatkan Skrin AMOLED 6.2″, Snapdragon 855, Kamera 48MP OIS

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend