Cipset MediaTek Helio A22 Berasaskan Proses 12nm Kini Dilancarkan Untuk Telefon Pintar Mampu Milik Comments Off on Cipset MediaTek Helio A22 Berasaskan Proses 12nm Kini Dilancarkan Untuk Telefon Pintar Mampu Milik

Pengeluar cipset dari Taiwan iaitu MediaTek kini telah melancarkan pemproses Helio A22 yang disasarkan untuk telefon pintar mampu milik. Dibangunkan dengan proses 12nm, MediaTek Helio A22 menyokong empat teras ARM Cortex-A53 dengan MediaTek CorePilot dan juga kawalan memori fleksibel LPDDR3/LPDDR4x.

MediaTek Helio A22 yang turut dilengkapi dengan GPU Imagination PowerVR GE8320 ini dikatakan mampu menjanjikan prestasi 30% lebih baik dan juga keupayaan grafik 72% lebih baik berbanding Qualcomm Snapdragon 425. Dilengkapi dengan penambahbaikan berasaskan AI seperti pengecaman wajah (Face ID) dan juga galeri gambar pintar, Helio A22 turut menyokong MediaTek NeuroPilot yang mampu memastikan ekosistem AI yang lebih sempurna.

Memandangkan Helio A22 disasarkan untuk telefon pintar mampu milik, ia berupaya menyokong resolusi skrin HD+ (1600 x 720 piksel) dengan nisbah paparan sehingga 20:9. Ia juga membolehkan pengeluar untuk memilih untuk menggunakan konfigurasi dwi kamera beresolusi 13 Megapiksel + 8 Megapiksel, ataupun satu lensa beresolusi 21 Megapiksel.

Dari segi sambungan selular pula, Helio A22 berupaya menyokong LTE Cat7 yang menjanjikan kelajuan muat turun sehingga 300Mbps dan juga kelajuan muat naik sehingga 150Mbps. Ia juga menjanjikan fungsi VoLTE pada kedua-dua slot kad SIM dan juga sambungan Bluetooth 5.0. Buat masa ini, Xiaomi Redmi 6A yang baru dilancarkan di Malaysia merupakan peranti pertama yang menggunakan cipset Helio A22 ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend