Cipset MediaTek Dimensity 800 Diumumkan, Bakal Tiba Pada Suku Kedua Tahun 2020 Comments Off on Cipset MediaTek Dimensity 800 Diumumkan, Bakal Tiba Pada Suku Kedua Tahun 2020

Sebulan yang lalu kita telah diperkenalkan dengan MediaTek Dimensity 1000, cipset berprestasi tinggi dengan modem 5G terbina daripada MediaTek. Ia juga merupakan cipset pertama dengan sokongan dwi-5G selain membawa sokongan WiFi 6 dan Bluetooth 5.1. Menariknya, skor penanda aras turut menunjukkan Dimensity 1000 mampu memperoleh lebih 500,000 mata, menjadikan ia lebih berkuasa daripada Snapdragon 855+ dan A13 Bionic.

Kini, MediaTek baru sahaja memperkenalkan satu lagi cipset terbaru iaitu MediaTek Dimensity 800, cipset kelas pertengahan yang dijangka akan digunakan pada telefon pintar pada suku kedua tahun hadapan. Namun begitu, buat masa ini spesifikasinya masih lagi belum didedahkan.

MediaTek Dimensity 1000

Menurut sumber di China, ia mungkin memiliki persamaan dengan Dimensity 1000 tetapi dengan sikit pengurangan kos pembuatan dan kerumitan teknologinya. Pengurangan kos pembuatan juga akan mendorong para pengeluar telefon menggunakannya. Jadi, kita mungkin melihat lebih banyak telefon kelas pertengahan dengan Dimensity 800 pada tahun hadapan.

Tambahan, cip ini juga akan menyertakan modem 5G terbina sama seperti Dimensity 1000 disamping ia bakal memberi saingan pada cip pemproses lain seperti Kirin siri-800 dan Snapdragon siri-700.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend