Cipset Kirin Akan Turut Terkesan Selepas ARM Dilaporkan Menghentikan Kerjasama Dengan Huawei Comments Off on Cipset Kirin Akan Turut Terkesan Selepas ARM Dilaporkan Menghentikan Kerjasama Dengan Huawei

Sekatan demi sekatan telah dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) ke atas Huawei dan yang terbaru, ARM selaku pereka cip yang berpangkalan di United Kingdom turut dilaporkan akan menghentikan segala ikatan kerjasama dengan Huawei. Keputusan itu telah diambil bagi mematuhi tuntutan perdagangan AS berikutan teknologi yang digunakan oleh ARM mengandungi teknologi asal dari AS.

Perkara ini dilihat akan memberikan impak yang besar kerana cipset Kirin yang diperkenalkan oleh Huawei telah menggunakan rekaan cip berasaskan daripada teknologi ARM. Tambahan pula cipset popular di pasaran seperti Qualcomm, Exynos dan juga MediaTek turut dibangunkan dengan menggunakan rekaan teknologi yang sama.

Berikutan daripada keputusan yang diambil oleh ARM, Huawei telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sangat menghargai hubungan rapat dengan rakan niaga mereka. Namun dalam masa yang sama Huawei memahami tekanan yang terpaksa dihadapi oleh rakan niaga mereka, akibat daripada keputusan bermotifkan politik.

Huawei juga berharap perkara ini akan dapat diselesaikan, tetapi dalam masa yang sama mereka akan terus memastikan untuk menawarkan teknologi  dan juga produk terbaik untuk pelanggan mereka di seluruh dunia.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend