Cipset Kirin 985 Sokong Prestasi AI Lebih Baik Berbanding Kirin 990 4G – AI Benchmark Comments Off on Cipset Kirin 985 Sokong Prestasi AI Lebih Baik Berbanding Kirin 990 4G – AI Benchmark

HUAWEI sebelum ini telahpun memperkenalkan cipset Kirin 990 dan Kirin 990 5G pada siri Mate 30 dan juga siri P40. Menariknya HUAWEI dikatakan akan memperkenalkan satu lagi cipset terbaharu iaitu Kirin 985 yang dipercayai akan memfokuskan kepada prestasi AI.

Ternyata Kirin 985 itu telah disahkan kewujudannya selepas cipset ini muncul di dalam senarai ujian penanda aras AI Benchmark. Mencatatkan skor sebanyak 50,926 poin, Kirin 985 berada di kedudukan ketiga sebagai cipset dengan prestasi AI terbaik.

Teras PerdanaTeras BesarTeras Kecil
Kirin 8201x A76, 2.36GHz3x A76, 2.22GHz4x A55, 1.84GHz
Kirin 9851x A76, 2.58GHz 3x A76, 2.40GHz4x A55, 1.84GHz
Kirin 990 4G2x A76, 2.86GHz2x A76, 2.09GHz4x A55, 1.86GHz
Kirin 990 5G2x A76, 2.86GHz2x A76, 2.36GHz4x A55, 1.95GHz

Sama seperti Kirin 990, Kirin 985 turut dilengkapi dengan 2 teras NPU Da Vinci. Namun begitu, prestasi AI Kirin 985 dilihat lebih baik berbanding Kirin 990 dan Kirin 820, tetapi skornya sedikit lebih rendah berbanding cipset MediaTek Dimensity 1000.

Menurut pendedahan @OnLeaks, Kirin 985 akan diperkenalkan pada 15 April dan akan digunakan pada siri HONOR 30. Lebih menariknya, cipset ini akan menyokong sensor imej paling besar pada telefon pintar iaitu mencecah 2.24um.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend