Cipset Kelas Pertengahan Qualcomm Snapdragon 735 Tertiris Dengan Proses 7nm, 5G dan NPU 220 Comments Off on Cipset Kelas Pertengahan Qualcomm Snapdragon 735 Tertiris Dengan Proses 7nm, 5G dan NPU 220

Qualcomm sebelum ini baru sahaja memperkenalkan cipset 8nm yang memfokuskan aspek permainan dengan kemunculan Snapdragon 730G. Berdasarkan ketirisan berita terbaru, Qualcomm dipercayai sedang membangunkan satu lagi cipset kelas pertengahannya yang lebih berkuasa dengan menggunakan proses 7nm.

Snapdragon 855 yang merupakan cipset paling berkuasa daripada Qualcomm ini turut menggunakan proses 7nm.

Dikenali sebagai Qualcomm Snapdragon 735, ia berupaya menjanjikan penggunaan tenaga yang lebih efisien berbanding cipset 8nm pada Snapdragon 730/730G. Cipset 7nm terbaharu ini akan dikuasakan dengan lapan teras menggunakan susunan CPU 1 + 1 + 6 yang menyokong Kryo siri 400 yang masih belum didedahkan.

Snapdragon 735 hadir dengan kombinasi satu teras berkelajuan 2.9GHz, satu teras berkelajuan 2.4GHz dan juga enam teras berkelajuan 1.8GHz. Ia juga menawarkan sokongan grafik lebih berkuasa dengan Adreno 620 berkelajuan 750MHz yang mampu menyokong paparan skrin QHD (3360 x 1440 piksel) dan juga teknologi HDR10/HDR10+.

Sokongan NPU 220 pada Snapdragon 735 menjanjikan tugasan AI yang lebih lancar.

Selain itu ia juga turut menyokong kapasiti RAM sehingga 16GB, menyokong rangkaian 5G, cip khas untuk AI daripada NPU 220 berkelajuan 1.0GHz, dan juga Spectra 350 ISP yang berupaya menyokong lensa kamera sehingga 32MP. Cipset Snapdragon 735 ini dpercayai akan diperkenalkan tahun ini dan mula digunakan pada telefon pintar pada tahun 2020 nanti.

sumber

Baca juga:

Qualcomm Perkenal Cipset 8nm Pertama Dengan Snapdragon 730/730G – Snapdragon 665 Turut Diumumkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend