Cipset 5G Untuk Peranti Kelas Pertengahan Keluaran MediaTek Akan Dibangunkan Berasaskan Proses 7nm Comments Off on Cipset 5G Untuk Peranti Kelas Pertengahan Keluaran MediaTek Akan Dibangunkan Berasaskan Proses 7nm

Sebelum ini Apple dan HUAWEI telah dilaporkan akan mula menggunakan proses 5nm dalam menghasilkan cipset keluarannya pada tahun 2020 nanti. Nampaknya MediaTek juga akan turut hadir dengan cipset baharunya yang akan menampilkan sokongan 5G berasaskan proses 7nm untuk peranti kelas pertengahannya.

Melalui perkongsian di Weibo, MediaTek akan mula menawarkan cipset 5G kelas pertengahan ini bermula tahun 2020 nanti. Berdasarkan pendedahan yang dibuat, cipset 7nm FinFET ini akan turut menyokong teras utama daripada Cortex-A76 untuk prestasi yang lebih baik.

Malah ia juga akan menggunakan modem Helio M70 5G dengan sokongan rangkaian dwi mod iaitu SA dan NSA sama seperti cipset Kirin 990 5G. Apa yang menariknya, cipset ini disasarkan untuk telefon pintar 5G kelas pertengahan yang akan dijual pada harga sekitar CNY2,000 iaitu kira-kira RM1,180.

Baca juga:

MediaTek Helio M70 Diumumkan Dengan Modem 5G, Bakal Digunakan Seawal Tahun Hadapan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend