China Mencatatkan Penurunan Jualan Telefon Pintar Untuk Suku Ke-4 2018, Huawei Meningkat Lebih 20% Comments Off on China Mencatatkan Penurunan Jualan Telefon Pintar Untuk Suku Ke-4 2018, Huawei Meningkat Lebih 20% 837

Berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh International Data Corporation (IDC), jualan telefon pintar untuk pasaran terbesar dunia iaitu di China telah dilaporkan mencatatkan penurunan sebanyak 9.7% atau bersamaan dengan 103 juta unit pada suku ke-4 tahun 2018.

Sungguhpun begitu antara lima jenama pengeluar utama di China, Huawei sebaliknya telah memperlihatkan angka jualan yang sangat positif apabila mencatatkan kenaikan tahunan mencecah 23.3% dengan jumlah jualan telefon pintar yang mencecah 30 juta unit untuk suku ke-4 2018 yang lalu.

Selain Huawei, OPPO dan Vivo juga mencatatkan peningkatan jualan telefon pintar iaitu masing-masing memperolehi kenaikan sebanyak 1.5% dan 3.1%. Manakala dua lagi jenama popular iaitu Apple dan Xiaomi pula telah menunjukkan penurunan jualan yang agak besar iaitu masing-masing mencatatkan -19.9% dan -34.9%.

Menurut laporan itu juga, Huawei telah mencatatkan kenaikan jualan telefon pintar sebanyak 15.5% iaitu daripada 90.9 juta unit untuk tahun 2018 kepada 105 juta unit untuk tahun 2018. Bahkan ia merupakan satu-satunya jenama yang berjaya mencatatkan angka jualan mencecah lebih 100 juta unit di China.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend