China Lancar Dron Berbentuk Burung Dengan Teknologi Tinggi Untuk Mengawasi Penduduknya Comments Off on China Lancar Dron Berbentuk Burung Dengan Teknologi Tinggi Untuk Mengawasi Penduduknya

Berita ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat lebih daripada 30 agensi kerajaan dan juga ketenteraan tempatan di negara China dilaporkan telah menggunakan dron berbentuk burung bagi memantau penduduk di sekurang-kurangnya lima wilayah berbeza.

Menurut South China Morning Post, program ini telah menggunakan nama kod ‘Dove’ dan ia telah dioperasikan oleh Song Bifeng, yang merupakan seorang profesor dari Northwestern Polytechnical University. Beliau bukan calang-calang orangnya kerana sebelum ini ia turut terlibat sebagai salah seorang saintis senior dalam pembuatan jet pejuang generasi kelima yang pertama di Asia iaitu Chengdu J-20.

Dron berbentuk burung ini sememangnya kelihatan mirip seperti burung sebenar kerana bahagian sayapnya akan digerakkan menggunakan motor elektrik. Setiap dron yang digunakan ini telah dilengkapi dengan teknologi tinggi seperti kamera berdefinisi tinggi, antena GPS, sistem kawalan penerbangan dan juga keupayaan komunikasi satelit.

China sebelum ini telah memperkenalkan CCTV dengan keupayaan AI dan juga kaca mata pintar untuk membuat pengecaman wajah penduduknya dalam menangani jenayah.

Selain memantau keselamatan penduduk, matlamat utama program ini adalah untuk mengawasi tingkah laku penduduk di negara tersebut dengan sasaran memberi skor peribadi pada setiap individu bergantung kepada tingkah laku mereka. Apa yang pasti, program ini dilihat telah menimbulkan kontroversi berhubung isu privasi dan juga ancaman keselamatan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend