CFO HUAWEI Menang Hak Mahkamah Untuk Mendapatkan Lebih Banyak Bukti Terhadap Penahanannya Comments Off on CFO HUAWEI Menang Hak Mahkamah Untuk Mendapatkan Lebih Banyak Bukti Terhadap Penahanannya

Baru-baru ini portal globalnews telah melaporkan bahawa Mahkamah Agung British Columbia telah mengarahkan Peguam Negara Kanada untuk mengemukakan lebih banyak bukti dan dokumen berhubung penahanan Meng Wanzhou, menjelang percubaannya terhadap ekstradisi ke Amerika Syarikat pada 20 Januari 2020 nanti.

Meng Wanzhou berusia 47 tahun itu sebelum ini telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver pada 1 Disember 2018, atas permintaan AS berikutan dakwaan penipuan bank dan dituduh mengelirukan bank HSBC (HSBA.L) mengenai perniagaan HUAWEI Technologies di Iran. Namun begitu dia telah menafikan tidak mengaku bersalah dan melawan ekstradisi yang dikenakan ke atasnya.

Agensi keselamatan sempadan Kanada sebelum ini mengakui ‘kesilapan’ apabila telah berkongsi kata laluan telefon milik CFO HUAWEI dengan polis persekutuan Kanada tanpa kebenaran.

Walau bagaimanapun, pasukan peguambela CFO HUAWEI itu telah membantah ekstradisinya di mahakamah tersebut dengan alasan bahawa AS telah menggunakannya untuk tujuan kepentingan ekonomi dan politik. Malah Meng Wanzhou juga sebelum ini telah dicari dan disoal siasat oleh pihak berkuasa Kanada yang bertindak untuk Biro Penyiasatan Persekutan AS (FBI).

Ketua Hakim Bersekutu iaitu Heather Holmes di Mahkamah Agung British Columbia telah bersetuju dengan rayuan HUAWEI Technologies Co Ltd untuk mendapatkan lebih banyak bukti dan dokumen berhubung kes ini. Meng Wanzhou kini telah diikat jamin dan diletakkan di dalam tahanan rumah separa di Vancouver.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend