CEO Xiaomi Sahkan Pelancaran Model Terbaru Mi Max 3 Pada Julai 2018 Comments Off on CEO Xiaomi Sahkan Pelancaran Model Terbaru Mi Max 3 Pada Julai 2018

Xiaomi sebelum ini telah mengesahkan pelancaran beberapa produk keluarannya termasuklah model Mi 7 dan juga Xiaomi Mi 8th Anniversary Edition pada 31 Mei 2018 nanti.

Tetapi apa yang menariknya, CEO Xiaomi iaitu Lei Jun sebelum ini ada memuat naik status di laman sosial popular Weibo yang bertanyakan kepada pengguna peranti apa yang mereka ingin nantikan pada majlis pelancaran tersebut. Disebabkan ramai di antara pengguna menjawab Mi Max 3 sebagai model yang paling dinantikan, Lei Jun dilihat telah membalas komen itu dengan mendedahkan bahawa model itu akan hanya dilancarkan pada bulan Julai tahun ini.

Xiaomi Mi Max 3 dipercayai akan menyokong paparan skrin 6.99 inci FHD+ dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu mencecah sehingga 5,500 mAh. Ia juga dikatakan akan turut menyokong teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0 dan juga teknologi pengecasan tanpa wayar. Malah ada khabar angin yang mengatakan bahawa Mi Max 3 akan turut dilengkapi dengan fungsi pengimbas iris.

Siri Mi Max memiliki pengikutnya yang tersendiri disebabkan dua faktor utama iaitu saiz skrin dan juga kapasiti bateri yang sangat besar.

Mi Max 3 juga berkemungkinan besar akan hadir dalam dua varian berbeza iaitu model Qualcomm Snapdragon 636 yang memiliki storan 64GB dan RAM 3GB. Manakala varian tertinggi pula dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 660 dengan sokongan storan 128GB dan juga RAM 4GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend