CEO Realme Mengesahkan Harga Jualan Realme 5 Dengan Sokongan Empat Kamera Untuk Pasaran India Comments Off on CEO Realme Mengesahkan Harga Jualan Realme 5 Dengan Sokongan Empat Kamera Untuk Pasaran India 259

Berbanding generasi sebelumnya, Realme 5 dan juga Realme 5 Pro dilihat bakal menampilkan sokongan spesifikasi yang jauh lebih baik. Ini jelas dapat dilihat pada sokongan empat kamera dengan resolusi maksimum mencecah 48MP, kapasiti bateri sebesar 5000mAh dengan pengecasan pantas, dan juga dipercayai tersedia dengan paparan AMOLED.

Walaupun tersedia dengan sokongan spesifikasi yang jauh lebih berkuasa, harga jualan Realme 5 dipercayai akan dijual pada harga setanding dengan harga jualan Realme 3 sebelum ini. Berita ini telah disahkan sendiri oleh Madhav Sheth selaku CEO Realme melalui tweet terbarunya.

Selain hadir dengan sokongan empat kamera, siri Realme 5 turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti mencecah 5000mAh.

Menurut pendedahan itu, Realme 5 yang akan dijual di India pada harga di bawah Rs.10,000 iaitu kira-kira RM585. Jika dilihat pada harga jualan rasmi Realme 3 untuk pasaran tempatan sebelum ini, ia ditawarkan pada harga RM599 untuk varian 3G + 32GB, dan varian 4GB + 64GB pula dijual pada harga RM699.

Tonton video siri Realme 5 | Ultra Wide Angle:

Tonton video siri Realme 5 | Ultra Macro Lens:

Baca juga:

Siri Realme 5 Sah Sokong Bateri 5000mAh Dengan Pengecasan Pantas VOOC Flash Charge 3.0

Realme 5 / 5 Pro Akan Dilancarkan Minggu Hadapan, Menyertakan Kuad-kamera, Paparan AMOLED

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend