CEO Razer Akan Turut Melabur Sebanyak RM10 Juta Untuk E-Sukan Malaysia 2019 0 337

Di dalam belanjawan 2019 yang telahpun diumumkan semalam, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM10 juta untuk perkembangan e-sukan tempatan. Usaha yang diambil untuk membangunkan dan menggalakkan e-sukan di kalangan generasi muda di negara ini nampaknya telah mendapat perhatian Min-Liang Tan selaku CEO Razer.

Melalui perkongsiannya di Twitter, beliau telah mengumumkan untuk membuat pelaburan sebanyak RM10 juta ke dalam industri e-sukan Malaysia menjelang 2019 nanti. Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu untuk mempercepatkan lagi pembangunan e-sukan di negara ini dalam usaha menyertai acara e-sukan yang tersenarai dalam Sukan SEA 2019 yang akan diadakan di Filipina.

Apa yang menariknya, dana daripada kerajaan dan juga pelaburan yang dibuat oleh Razer ini membuktikan usaha Malaysia sebagai negara keenam di dunia mengiktiraf pemain e-sukan sebagai atlet.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend