CEO OnePlus Sahkan Sokongan Rangkaian 5G Untuk Semua Siri OnePlus 8 Comments Off on CEO OnePlus Sahkan Sokongan Rangkaian 5G Untuk Semua Siri OnePlus 8

Ternyata siri OnePlus 8 bakal tiba tidak lama lagi selepas Pete Lau selaku CEO OnePlus telah mula memberi petunjuk tentang kehadiran barisan peranti terbaharunya itu sejak kebelakangan ini.

Terbaharu Pete Lau dan OnePlus UK telah mula berkongsi ciapan yang jelas merujuk kepada sokongan rangkaian 5G untuk semua siri OnePlus 8. Tahun ini OnePlus dijangka akan tampil dengan penawaran tiga model berbeza iaitu OnePlus 8 Lite, OnePlus 8, dan juga OnePlus 8 Pro.

Namun begitu, buat masa ini tarikh pelancaran siri OnePlus 8 masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Tetapi berdasarkan khabar angin yang tersebar, model OnePlus 8 Lite dijangka akan mula dilancarkan untuk pasaran global bermula bulan Julai 2020 nanti.

(Dari kiri) Imej pengolokan OnePlus 8 Lite, OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro.

Ketirisan spesifikasi OnePlus 8 Lite:

  • Sokong rangkaian 5G
  • MediaTek Dimensity 1000
  • 6.4 inci AMOLED, 90Hz
  • 8GB + 128GB / 8GB + 256GB
  • 48MP + 16MP + 12MP
  • 4000mAh
  • Warp Charge 30T (30W)

Ketirisan spesifikasi OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro:

  • Sokong rangkaian 5G
  • Qualcomm Snapdragon 865
  • 6.55 inci AMOLED, 120Hz
  • 48MP + 16MP + 12MP (OnePlus 8 Pro turut dilengkapi lensa ToF)
  • Kamera depan 32MP
  • 6GB + 128GB / 8GB + 128GB / 12GB + 256GB (UFS 3.0)
  • 4500mAh
  • Super Warp (50W)

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend