CEO OnePlus Sahkan Sokongan Paparan Skrin Fluid AMOLED 90Hz Untuk Model OnePlus 7T Comments Off on CEO OnePlus Sahkan Sokongan Paparan Skrin Fluid AMOLED 90Hz Untuk Model OnePlus 7T 129

Kemunculan versi peningkatan untuk siri OnePlus 7 iaitu OnePlus 7T sebelum ini telah diperkatakan sejak hujung bulan Ogos yang lepas lagi. Berdasarkan khabar angin yang didedahkan, OnePlus 7T didakwa akan dikuasakan dengan cipset lebih berkuasa daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 855 Plus.

Imej pengolokan OnePlus 7T yang dikongsikan di Internet sebelum ini.

Malah ia juga didakwa akan hadir dengan paparan skrin berukuran 6.55 inci 2K yang menampilkan rekaan takuk kecil untuk menempatkan kamera depan beresolusi 16MP. Tidak cukup dengan itu, teknologi kadar segar semula skrin 90Hz yang diperkenalkan pada model OnePlus 7 Pro akan turut ditawarkan untuk model OnePlus 7T.

Ternyata dakwaan itu telah disahkan benar apabila CEO OnePlus sendiri melalui akaun Weibo miliknya baru-baru ini. Melalui perkongsian berhubung perkembangan paparan 90Hz itu, ia jelas merujuk kepada model terbaharunya iaitu OnePlus 7T melalui penggunaan tanda pagar di status tersebut.

sumber

Baca juga:

Spesifikasi OnePlus 7T Tertiris, Sokong Skrin 2K 90Hz Dengan Takuk Kecil Dan Bateri 3800mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend