CEO LG Berjanji Akan Memastikan Penerimaan Kemas Kini Dan Perkhidmatan Selepas Jualan Yang Lebih Baik Untuk Telefon Pintar Keluarannya Comments Off on CEO LG Berjanji Akan Memastikan Penerimaan Kemas Kini Dan Perkhidmatan Selepas Jualan Yang Lebih Baik Untuk Telefon Pintar Keluarannya

Bersempena dengan majlis perasmian pusat kemas kini perisian LG yang terletak di LG Science Park di Seoul, Ketua Pegawai Operasi (CEO) LG Electronics telah berjanji akan memastikan penerimaan kemas kini dan juga perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik untuk telefon pintar keluarannya.

Pusat kemas kini perisian LG ditubuhkan pada awal tahun ini dan mula beroperasi bulan Mac yang lalu.

Dengan adanya penubuhan pusat kemas kini perisian ini, LG akan sentiasa memastikan sokongan kemas kini yang lebih stabil untuk penambahbaikan sistem operasi yang tidak rutin kepada pelanggan dan untuk menguruskan perisian telefon pintar secara global, bukan hanya di Korea Selatan sahaja. Untuk berbuat demikian pengguna boleh menyambungkan peranti mereka dengan aplikasi ‘Quick Help’ yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Pengguna hanya perlu mengakses aplikasi ‘Quick Help’ pada peranti LG untuk mendapatkan bantuan terus dari LG.

Keutamaan utamanya adalah menawarkan sokongan yang stabil untuk penambahbaikan OS yang tidak rutin kepada pelanggan dan untuk menguruskan perisian telefon secara global, bukan hanya di Korea Selatan. Malah pusat ini juga akan sentiasa memantau sama ada aplikasi atau antaramuka baharu yang diperkenalkan boleh berfungsi dengan baik selepas peranti dikemaskinikan.

Sumber : zdnet

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend