CEO HUAWEI Sahkan Bahawa Harmony OS Masih Belum Sedia Untuk Digunakan Pada Telefon Pintar Comments Off on CEO HUAWEI Sahkan Bahawa Harmony OS Masih Belum Sedia Untuk Digunakan Pada Telefon Pintar 187

Pada penghujung bulan Ogos yang lepas, HUAWEI telahpun dilaporkan tidak lagi mendapat lesen untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google pada model yang akan diperkenalkannya iaitu Mate X dan juga siri Mate 30 yang akan dilancarkan pada 19 September ini.

Sungguhpun begitu, HUAWEI dipercayai bakal tampil dengan alternatif untuk membolehkan peranti keluarannya itu nanti untuk menyokong perkhidmatan daripada Google. Ini kerana telefon pintar keluarannya itu masih lagi akan dioperasikan oleh platform Android berasaskan perisian sumber terbuka.

Menurut Ren Zhengfei selaku CEO HUAWEI, platform Harmony OS masih lagi belum bersedia untuk digunakan pada telefon pintar atas sebab ekosistem platform tersebut. Walaupun HUAWEI akan berusaha ke arah itu, ia dilihat perlu mengambil masa beberapa tahun untuk pembinaan ekosistem yang lebih munasabah.

Tidak dinafikan lagi bahawa Harmony OS sebenarnya sudah boleh digunakan pada telefon pintar, sebagaimana yang didedahkan dalam acara IFA 2019 yang lalu. Namun begitu HUAWEI tidak akan meletakkan keutamaannya untuk menggunakan platform itu yang dilihat lebih ideal untuk produk IoT buat masa ini.

Malah HUAWEI juga dikatakan akan terus menggunakan sistem operasi Android pada telefon pintar keluarannya, selagi Google membenarkan penggunaan perkhidmatan yang ditawarkannya. Tetapi sekiranya Google menyekat perkhidmatan itu untuk peranti HUAWEI, siri HUAWEI P40 yang dijadualkan pada Mac 2020 nanti mungkin menjadi peranti pertama menyokong platform Harmony OS.

Baca juga:

Google Beri Petunjuk Bahawa HUAWEI Mate 30 Tidak Mendapat Lesen Rasmi Untuk Android

Harmony OS Diperkenalkan – Sistem Operasi Sumber Terbuka Pertama Berasaskan Mikrokernel

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend