CEO Huawei Akan Menentang Tindakan Penduduk di China Untuk Memboikot Peranti Keluaran Apple Comments Off on CEO Huawei Akan Menentang Tindakan Penduduk di China Untuk Memboikot Peranti Keluaran Apple

Ren Zhengfei selaku pengasas dan juga CEO jenama Huawei sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan berhubung situasi sekatan perdagangan yang dibuat oleh Amerika Syarikat di hadapan media tempatan di China. Baru-baru ini, Ren sekali lagi telah ditemu ramah oleh pihak Bloomberg berhubung kontroversi yang melanda Huawei.

Melalui temu ramah itu, Ren diajukan pertanyaan berhubung isu boikot yang cuba dilakukan oleh sesetengah penduduk di China terhadap jenama Apple. Menurutnya perkara itu tidak akan berlaku dan sekiranya berlaku, dia akan menjadi yang pertama menentang perkara itu. Ini kerana Apple dianggap sebagai peneraju teknologi telefon pintar dan Huawei banyak belajar daripada Apple dan ia dianggap sebagai ‘guru’ dalam industri telefon pintar, jadi sebagai seorang ‘pelajar’ sudah tentu dia tidak akan berbuat demikian.

Di dalam temu ramah itu juga, Ren turut diajukan soalan berhubung tuduhan mencuri harta intelek untuk berjaya berada di kedudukan sekarang. Menurut Ren, tuduhan itu tidak benar kerana Amerika Syarikat tidak membangunkan teknologi itu dan bagaimana Huawei hendak mencurinya. Huawei telah mengatasi teknologi Amerika Syarikat dan disebabkan oleh itulah Donald Trump dikatakan telah cuba menyerang mereka secara berterusan.

sumber

Baca juga:

Ini Respon Ren Zhengfei Berkenaan Sekatan Penuh A.S Kepada Huawei

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend