Celcom Xpax Mula Menawarkan Internet Tanpa Had Pada Harga RM1 Untuk Sejam Comments Off on Celcom Xpax Mula Menawarkan Internet Tanpa Had Pada Harga RM1 Untuk Sejam

Pelanggan Celcom Xpax kini boleh menikmati internet tanpa had serendah RM1 dengan pembelian pas ‘Ultra Hour PassTM’ terkini melalui apilkasi Celcom Life. Pelanggan prabayar Celcom Xpax kini boleh menikmati kemudahan akses internet berkelajuan tinggi tanpa had di mana sahaja pada bila-bila masa dengan harga yang sangat murah.

Pelanggan Celcom Xpax boleh memilih ‘Ultra Hour PassTM dengan tiga pakej yang berbeza, RM1 untuk sejam, RM2 untuk tiga jam, RM5 untuk 12 jam atau RM8 untuk 24 jam. Akses internet tanpa had ini juga boleh digunakan untuk permainan mudah alih, penstriman video, melayari laman web, dan banyak lagi sepanjang 24 jam, tujuh hari seminggu.

Pelanggan Celcom Xpax boleh menikmati “Ultra Hour Pass™” bagi internet berkelajuan tinggi hanya dengan log masuk ke aplikasi Celcom Life dengan memilih “Buy More” untuk lebih banyak internet, diikuti dengan pilihan mana-mana pilihan Hourly Unlimited Internet yang mereka ingini.

Pek prabayar Celcom Xpax kini telah ditambah baik dan mula dijual pada harga RM10. Ia menawarkan pelanggan dengan 10GB internet berkelajuan tinggi untuk Facebook, Instagram dan Games WallaTM. Untuk lebih banyak internet, pelanggan boleh melanggan pelan Internet ‘Ultra Pass™’ Celcom Xpax yang turut mengandungi akses percuma Youtube tanpa had dari jam 1 pagi hingga 7 pagi dan akses VIP untuk aplikasi penstriman iFlix.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend