Celcom Umum Pra-Tempah iPhone 11, iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max Bermula 20 September 2019 Comments Off on Celcom Umum Pra-Tempah iPhone 11, iPhone 11 Pro Dan iPhone 11 Pro Max Bermula 20 September 2019 278

Hari ini secara rasminya Celcom Axiata Berhad telah mengumumkan penawaran baharu produk Apple iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max untuk pelanggannya.

Bermula esok (20 September 2019), pelanggan Celcom yang ingin memiliki siri iPhone 11 yang baru dilancarkan pada 10 September yang lalu sudah boleh membuat pra-tempah untuk tiga model Apple iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan juga iPhone 11 Pro Max melalui langganan pelan pascabayar daripada Celcom.

Buat masa ini pihak Celcom masih lagi belum mendedahkan pakej yang akan ditawarkan bersama-sama dengan peranti Apple itu, jadi bagi yang berminat anda boleh berbuat demikian di mana-mana kedai Celcom bluecube, 33 rakan niaga Celcom yang terpilih, dan juga secara atas talian di Celcom Online Store.

Baca juga:

iPhone 11 / 11 Pro / 11 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi, Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend