Celcom Terokai Teknologi 5G Dalam Memajukan Masyarakat Comments Off on Celcom Terokai Teknologi 5G Dalam Memajukan Masyarakat

Celcom kini telah meneruskan eksplorasi tujuh kes kegunaan 5G yang meliputi Bandar Pintar dan penyelesaian Industri 5G di seluruh Pulau Langkawi. Kesemua kes-kes kegunaan 5G tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama daripada pelbagai agensi dan pihak berkuasa tempatan daripada pelbagai industri, dengan menyasarkan penambahbaikan operasi harian melalui teknologi 5G.

Eksplorasi Celcom dalam penyelesaian 5G meliputi Geo-fencing & Smart Perimeters, Imbangan Awam Pintar (Kawalan Orang Ramai), Penstriman Pandangan Panorama 360 Langsung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dan Akses Tetap Tanpa Wayar. Rangkaian 5G Celcom di Langkawi dijalankan di tujuh lokasi berlainan menggunakan teknologi 5G New Radio.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen Celcom untuk merealisasikan penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT) melalui teknologi 5G dalam pelbagai industri, serta mendahului dalam aspirasi negara untuk pembangunan sebuah ekosistem digital. Celcom akan terus berusaha ke arah pengwujudan ekosistem yang mampan melalui kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang menjadi asas kejayaan dalam komersialisasi kes kegunaan 5G.

Baru-baru ini Celcom telah menjayakan penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G yang djalankan melalui kolaborasi bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi (PDRM) dan Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan (MPLBP), menggunakan sembilan kamera video panorama langsung 360⁰ UHD 4K di empat lokasi sepanjang Jalan Pantai Cenang dan dua lokasi di Dataran Cenang, Langkawi.

Penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G Celcom disediakan bersama keupayaan Kepintaran Buatan (AI) dan analisa video yang menggunakan ciri 5G dengan kependaman rendah dan kelajuan data yang tinggi, yang membolehkan pemantauan masa nyata dan kualiti gambar definisi tinggi untuk fungsi keselamatan yang berikut:

  • Pengenalan wajah – keupayaan untuk mengenal pasti suspek yang berpotensi melalui pengesahan titik wajah.
  • Analisa rakan kongsi – keupayaan mengenal pasti rakan jenayah yang berpotensi, melalui analisa video padanan silang.
  • Pelanggaran peraturan lalu lintas – sebarang pelanggaran peraturan lalu lintas dapat dikesan secara automatik.
  • Analisa kenderaan – Rakaman nombor plat dan identifikasi kenderaan.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend