Celcom Tawar Pulangan Tunai Bagi Tambah Nilai Melalui eDompet, Sehingga 30 Jun 2020 Comments Off on Celcom Tawar Pulangan Tunai Bagi Tambah Nilai Melalui eDompet, Sehingga 30 Jun 2020

Sejajar dengan pengumuman terkini Pakej Rangsangan Ekonomi yang disasarkan untuk menangani kesan ke atas ekonom akibat daripada penularan wabak COVID-19 di Malaysia, Celcom Xpax telah menjadi telco pertama memperkenalkan pulangan tunai bagi tambah nilai melalui eDompet.

Sehingga 30 Jun 2020 nanti, pelanggan prabayar Celcom Xpax akan menikmati 10% pulangan tunai apabila membeli tambah nilai dan tambah nilai Internet RM10 dan ke atas melalui aplikasi Celcom Life.

Manakala untuk pelan pascabayar Celcom MEGA yang baru dilancarkan telah didatangkan dengan ciri Tukar Beli yang membolehkan pengguna pascabayar menukar data yang tidak digunakan pada setiap penghujung kitaran bil kepada pulangan tunai melalui eDompet Boost, dengna kadar 10GB bersamaan pulangan tunai RM5.

Untuk menikmati pulangan tunai melalui pelan prabayar Celcom Xpax, pengguna hanya perlu mengikuti langkah mudah berikut:

  1. Muat turun dan log masuk ke aplikasi Celcom Life.
  2. Pautkan eDompet Boost melalui aplikasi Celcom Life.
  3. Pilih ‘Reload’ dan pilih ‘Credit Reload’ atau ‘Internet Reload’.
  4. Pilih amaun tambah nilai.
    1. Tambah nilai (RM10, RM30, RM50 atau RM100); atau
    2. Tambah nilai Internet (RM10, RM12, RM19, RM30, RM38, RM50, RM79)
  5. Nikmati pulangan tunai Boost 10% sehingga RM20 bagi setiap nombor MyKad/Pasport setiap bulan.

Selain itu, pengguna pascabayar Celcom juga boleh menikmati rebat satu kali sebanyak RM50 bagi setiap akaun dalam kitaran bil yang berikutnya, apabila mereka memilih perkhidmatan Bil Automatik. Sebagai tambahan, pengguna pascabayar yang memilih bil bulanan digital boleh menikmati penjimatan sehingga RM10 setiap bulan yang dikenakan ke atas dokumen bil yang dicetak.

Untuk maklumat lanjut, anda boley layari laman rasmi www.celcom.com.my.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend