Celcom Tawar HUAWEI Mate 30 Secara Percuma Dengan Langganan Celcom Mobile Platinum Plus Comments Off on Celcom Tawar HUAWEI Mate 30 Secara Percuma Dengan Langganan Celcom Mobile Platinum Plus 94

Sekiranya anda bercadang untuk memiliki siri HUAWEI Mate 30, Celcom kini menawarkan Mate 30 secara percuma melalui langganan pakej pelan Celcom Mobile Platinum Plus. Manakala Mate 30 Pro pula ditawarkan pada harga serendah RM1268 melalui langganan pakej pelan yang sama, dengan kontrak selama 24 bulan.

HUAWEI Mate 30

Dijual pada harga rasmi RM2799, anda boleh memiliki Mate 30 dalam varian 8GB + 128GB secara percuma dengan langganan pelan tertinggi yang ditawarkan oleh Celcom. Malah bayaran wang pendahuluan yang telah dibayar akan direbatkan semula ke akaun anda. Berikut adalah pakej pelan yang boleh dipilih:

  • Gold Plus (RM98/bulan) – RM1,099 (bayaran pendahuluan RM700)
  • Gold Supreme (RM128/bulan) – RM999 (bayaran pendahuluan RM800)
  • Platinum (RM148/bulan) – RM799 (bayaran pendahuluan RM1,000)
  • Gold Plus (RM188/bulan) – PERCUMA (bayaran pendahuluan RM1,800)

Menariknya, Celcom turut memberikan HUAWEI P30 secara percuma apabila anda membeli HUAWEI Mate 30, dan melanggan pelan Celcom Platinum Plan dengan talian tambahan.

HUAWEI Mate 30 Pro

Celcom turut membolehkan pelanggannya untuk memiliki Mate 30 Pro (8GB + 256GB) pada harga serendah RM1268, berbanding harga asalnya iaitu RM3899. Berikut adalah pakej pelan yang ditawarkan untuk Mate 30 Pro:

  • Gold Plus (RM98/bulan) – RM1,958 (bayaran pendahuluan RM800)
  • Gold Supreme (RM128/bulan) – RM1,808 (bayaran pendahuluan RM950)
  • Platinum (RM148/bulan) – RM1,658 (bayaran pendahuluan RM1,100)
  • Platinum Plus (RM188/bulan) – RM1,268 (bayaran pendahuluan RM1,500)

Selain daripada pakej pelan, Celcom turut menawarkan program EasyPhone Rent untuk siri Mate 30 yang boleh dimiliki pada harga serendah RM15/bulan ataupun Celcom EasyPhone Own dengan bayaran RM28/bulan. Program ini terbuka untuk pemegang kad kredit daripada Maybank, Citibank dan CIMB.

Untuk maklumat lanjut, layari https://shop.celcom.com.my/device-detail/huawei-mate-30

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend