Celcom Tawar Diskaun 50% Dengan Kelajuan Berganda Untuk Pelan Internet Fiber Di Sabah Comments Off on Celcom Tawar Diskaun 50% Dengan Kelajuan Berganda Untuk Pelan Internet Fiber Di Sabah

Pengguna dan pemilik perniagaan di negeri Sabah kini mampu menikmati tawaran yang lebih baik untuk langganan Internet jalur lebar fiber Celcom Home Fibre dan Celcom Business Fibre. Bermula 16 September 2018 iaitu sempena sambutan Hari Malaysia, kedua-dua pelan ini akan didatangkan dengan kelajuan sehingga 100Mbps pada potongan harga sebanyak 50%.

Pakej Celcom Home Fibre baharu ini menawarkan langganan Internet fiber tanpa had pada harga RM120/bulan untuk kelajuan 100Mbps, manakala kelajuan 40Mbps pula berharga RM80/bulan. Pakej ini akan turut disediakan sekali dengan penghala (router) tanpa wayar dan juga pemasangan secara percuma.

Pakej Celcom Business Fibre Gold Supreme akan menyokong kelajuan sehingga 100Mbps pada harga RM130/bulan, manakala Celcom Business Fibre Gold pula akan menyokong kelajuan 40Mbps pada harga RM90/bulan. Sama seperti pakej pengguna biasa, pakej perniagaan ini akan turut didatangkan dengan penghala tanpa wayar serta pemasangan secara percuma.

Kesemua pelanggan Celcom Home Fibre dan juga Celcom Business Fibre yang sedia ada akan menerima naik taraf kelajuan 100Mbps secara berperingkat kepada 100Mbps sehingga penghujung September 2018 nanti. Untuk naik taraf ini pengguna tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan ataupun potongan harga sebanyak 50% bergantung kepada pelan yang digunakan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend