Celcom Sampaikan Bantuan Komunikasi Kepada Barisan Hadapan Perubatan Comments Off on Celcom Sampaikan Bantuan Komunikasi Kepada Barisan Hadapan Perubatan

Sebagai sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendali penularan wabak COVID-19, Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah menyediakan bantuan perhubungan kepada kakitangan perubatan di hospital-hospital yang menangani kes COVID-19 seluruh negara.

Celcom telah menyerahkan 200 kad SIM pascabayar, bagi membantu KKM untuk menghubungi pesakit dalam siasatan (PUI) atau kontak yang berpotensi. Kad SIM tersebut tersedia dengan panggilan suara tanpa had dan data internet 20GB, bagi memudahkan perhubungan melalui panggilan suara dan juga saluran lain seperti SMS atau Whatsapp.

Celcom turut menghulurkan bantuan kepada Hospital Sungai Buloh yang merupakan antara hospital paling kritikal dalam mengendali pandemik COVID-19. Hospital tersebut menerima 40 buah peranti mudah alih dan talian telefon, berserta sebuah unit ‘Cellular on Wheels’, iaitu sebuah infrastruktur mudah alih dalam menambahbaik rangkaian, untuk memastikan keterhubungan yang berterusan di seluruh kawasan hospital tersebut.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata “Celcom amat menghargai dan menyokong penuh usaha tanpa henti oleh KKM dan barisan hadapan perubatan dalam mengawal pandemik global COVID-19.

“Memandangkan kini barisan hadapan perubatan perlu menggerakkan kesemua sumber yang dimiliki, termasuk tenaga manusia dan infrastruktur teknikal, sokongan kami diharapkan dapat meringankan usaha mereka serta memperluaskan kaedah untuk mereka berkomunikasi, yang juga penting dalam mengawal dan mengecilkan lengkungan COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia,” menurut Idham.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend