Celcom Perkenal Peranti Keselamatan Peribadi Pertama Di Malaysia – SafeMate Comments Off on Celcom Perkenal Peranti Keselamatan Peribadi Pertama Di Malaysia – SafeMate

Celcom Axiata Berhad baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah peranti keselamatan peribadi yang membolehkan pengguna memohon bantuan kecemasan di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan bantuan SafeMate. Pertama seumpamanya di Malaysia, pengguna SafeMate boleh mendapatkan bantuan kecemasan walaupun telefon pintar telah dikunci.

Melalui sokongan aplikasi ‘React Mobile’ yang boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS, peranti SafeMate boleh disambungkan ke telefon pintar menggunakan rangkaian Bluetooth. Dengan hanya satu klik pada telefon pintar, isyarat kecemasan akan dihantar ke pusat panggilan kecemasan yang beroperasi 24/7, diikuti dengan pengesahan pengguna berhubung kecemasan yang dihadapi.

Jika tiada tindakbalas daripada pengguna, pusat panggilan kecemasan 24/7 akan memaklumkan kepada kenalan kecemasan yang didaftarkan oleh pengguna. Selain itu, pihak berkuasa tempatan seperti polis akan turut dihubungi selepas kenalan kecemasan dihubungi. SafeMate oleh Celcom ini turut dilengkapi dengan ciri penjejak GPS masa nyata yang membolehkan lokasi anda dikesan.

Untuk masa terhad, semua pengguna pascabayar Celcom boleh mendaftar SafeMate dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM240 dan menikmati tawaran pelanggan terawal pada harga RM9.80 untuk 12 bulan, termasuk jaminan waranti satu tahun untuk peranti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend