Celcom Menerima Anugerah Kecemerlangan Untuk Rangkaian Dan Khidmat Pelanggan Terbaik Comments Off on Celcom Menerima Anugerah Kecemerlangan Untuk Rangkaian Dan Khidmat Pelanggan Terbaik 377

Penghujung bulan Jun yang lepas, Celcom baru sahaja dianugerahkan sebagai pembekal rangkaian mudah alih dengan liputan 4G paling luas dan juga kelajuan muat naik terbaik di negara ini oleh Opensignal. Baru-baru ini Celcom Axiata Berhad sekali lagi telah diiktiraf di kedudukan No.1 untuk kategori ‘Ketersediaan 4G’, ‘Pengalaman Video’ dan juga ‘Pengalaman Kependaman’ untuk bulan September 2019.

Berdasarkan laporan ‘Mobile Network Experience: Malaysia’ yang didedahkan oleh Opensignal, Celcom telah mencatatkan skor tertinggi untuk ‘Ketersediaan 4G’ dengan skor 87.7%, ‘Pengalaman Video’ dengan skor 63.5 mata (Penarafan yang baik), dan juga ‘Pengalaman Kependaman’ dengan skor 43.2 milisaat (ms).

Malah Celcom Axiata Berhad juga telah diiktiraf dengan dua anugerah global iaitu Anugerah Kehormat untuk ‘Pengalaman Pelanggan Terbaik 2019’ dan juga Anugerah Perak untuk ‘Penglibatan Pekerja Terbaik 2019’. Kedua-dua anugerah global itu telah diserahkan di dalam majlis Anugerah CX Asia Excellence 2019 yang berlangsung di Singapura pada 24 September 2019.

Tidak cukup dengan itu pada 27 September 2019, Celcom turut merangkul Anugerah Emas untuk kategori ‘Rangkaian Komunikasi’ di Anugerah Jenama Putra 2019′.

Anugerah Kecemerlangan Pengalaman Pelanggan (CX) Asia adalah majlis anugerah industri yang diiktiraf di peringkat dunia untuk menghargai dan meraikan organisasi serta individu dengan pencapaian tertinggi dalam pengalaman pelanggan (CX) di Asia, manakala Anugerah Jenama Putra pula merupakan sebuah inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Terakreditasi Malaysia (4A) untuk mengiktiraf jenama tempatan dan antarabangsa yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Baca juga:

Maxis Dan Celcom Mendominasi Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Daripada Opensignal

Celcom Memenangi Anugerah Liputan Rangkaian 4G Paling Luas Dan Kelajuan Muat Naik Terbaik Di Malaysia – Opensignal

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend