Celcom Kini Membuka Pra-Tempah iPhone SE Baharu Pada Harga Serendah RM57 Sebulan Comments Off on Celcom Kini Membuka Pra-Tempah iPhone SE Baharu Pada Harga Serendah RM57 Sebulan

Bermula hari ini, pelanggan Celcom sudah boleh membuat pra-tempah untuk memiliki iPhone SE baharu dengan ansuran bulanan serendah RM57 sebulan melalui pakej EasyPhone untuk kontrak selama 24 bulan.

Pembelian iPhone SE ini juga perlu dibuat bersama-sama pelan Celcom MEGA Lightning XL dengan komitmen bulanan sebanyak RM188. Ditawarkan dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan merah, iPhone SE dengan pelan EasyPhone daripada Celcom ini turut ditawarkan dalam tiga storan iaitu 64GB, 128GB dan juga 256GB.

Selain daripada pemilikan iPhone SE melalui EasyPhone, pelanggan Celcom juga boleh memilikinya secara bundle dengan harga serendah RM458 untuk model iPhone SE 64GB.

Pra-tempah iPhone SE baharu ini sudahpun boleh dibuat bermula hari ini (11 Mei 2020), dan peranti akan diterima bermula 18 Mei 2020. Bagi yang berminat untuk membuat pra-tempah di www.celcom.com.my.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend