Celcom Janji Pengalaman Penstriman Video HD Bertaraf 4 Bintang Dengan Pengalaman Digital Terbaik Comments Off on Celcom Janji Pengalaman Penstriman Video HD Bertaraf 4 Bintang Dengan Pengalaman Digital Terbaik

Dalam usaha untuk menjanjikan pengalaman rangkaian yang terbaik, Celcom yang baru sahaja selesai menjalankan program mengoptimumkan dan memperluaskan rangkaian utamanya pada suku ke-4 2018 yang lalu telah berjaya memperoleh penanda aras baru untuk pengalaman video.

Melalui kempen ‘Guna Celcom’ yang telah dilancarkan pada 12 Februari yang lalu, ia merupakan kempen khas untuk rakyat Malaysia yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai pengalaman hebat data dan video yang ditawarkan oleh rangkaian Celcom. Malah ia juga turut disokong dengan pengiktirafan 4 bintang untuk penstriman video HD di YouTube Video Checkup.

Rangkaian yang luas juga turut menjanjikan pengalaman digital terbaik untuk penstriman video, rangkaian sosial, permainan mudah alih dan juga jalur lebar tanpa wayar kediaman. Menariknya, 47% daripada jumlah penggunaan data keseluruhan pelanggan Celcom adalah disumbangkan oleh perkhidmatan video.

Menurut Celcom, trafik data miliknya kini telah mencatatkan kenaikan sebanyak 88.7% iaitu bersamaan 997.3 juta GB dan purata penggunaan data pelanggan dalam sebulan turut meningkat sebanyak 85.1% kepada 12.4GB. Tidak cukup dengan itu, Celcom juga dilaporkan menerima Skor Promoter Purata tertinggi bagi kepuasan pelanggan jika dibandingkan dengan empat syarikat telekomunikasi lain.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend