Celcom Dan Universiti Malaya Anjur Kempen #ICanCareMy Bagi Mengurangkan Jumlah Kucing Terbiar Di Lembah Klang Comments Off on Celcom Dan Universiti Malaya Anjur Kempen #ICanCareMy Bagi Mengurangkan Jumlah Kucing Terbiar Di Lembah Klang

Hari ini, Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama  Universiti Malaya (UM) telah melancarkan kempen #ICanCareMy dalam usaha untuk menjaga kesejahteraan dan mengurangkan jumlah kucing terbiar di sekitar Lembah Klang.

Kempen #ICanCareMy diadakan bagi mewujudkan kesedaran tentang kebajikan haiwan melalui program edutainment yang akan dianjurkan di sekolah-sekolah dan juga acara-acara awam yang terpilih. Malah Celcom dan UM akan turut memperkenalkan lebih banyak program dalam masa terdekat untuk rakyat Malaysia mengambil bahagian serta memberi sokongan mereka melalui laman web #ICanCareMy.

Menurut Idham Nawawi selaku Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, kerjasama ini akan menekankan kepentingan menjaga haiwan domestik dan mengurangkan kes-kes penderaan serta penganiayaan terhadap kucing. Tambah beliau ia juga merupakan tanggungjawab sosial yang tidak sepatutnya dibiarkan tanpa pengawasan kerana kesejahteraan haiwan juga merupakan sebahagian daripada ekosistem masyarakat.

Zuraida Jamaluddin, Ketua Pegawai Korporat Celcom berkata dengan bantuan daripada sukarelawan dan penyelamat, mereka berharap untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 300 kucing terbiar sehingga hujung tahun 2018 melalui kempen #ICanCareMy.

Masyarakat juga boleh membuat sumbangan secara digital dengan aplikasi e-dompet Boost dengan memilih Donation pada halaman Do More dan mencari I Can Care untuk menyumbangkan derma anda. Dana yang diterima akan digunakan oleh UM untuk penyelengaraan dan pengurusan kucing terbiar di sekitar lembah klang.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang aktiviti #ICanCareMy yang akan datang, sila layari www.icancare.my.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend