Celcom Dan Huawei Jalin Kerjasama Untuk Memperkenalkan @celcom – Hab Inovasi 5G Comments Off on Celcom Dan Huawei Jalin Kerjasama Untuk Memperkenalkan @celcom – Hab Inovasi 5G

Celcom Axiata Berhad baru-baru ini telah menandatangani perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, dalam usaha untuk memperkenalkan hab inovasi 5G yang dikenali sebagai ‘@celcom’ yang terletak di ibu pejabat Celcom di Petaling Jaya Sentral.

Jalinan kerjasama antara Celcom dan Huawei telah diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran dan membuka peluang untuk rakan kongsi perniagaan, pemaju teknologi, ahli akademik dan pembangun industri untuk merasai sendiri kelajuan rangkaian 5G, dan dalam masa yang sama memaksimumkan potensi dan keupayaan 5G.

Idham Nawawi (tujuh dari kiri), dan Michael Yuan (sembilan dari kiri) bergambar dengan pasukan jaringan Celcom dan pasukan Huawei Technologies.

Hab ini juga akan membolehkan Celcom untuk menerajui inovasi inspirasi masa depan dengan menguji prestasi dan fungsi rangkaian 5G yang baru, seterusnya memberi manfaat kepada industri dan secara tidak langsung mempercepatkan penerimaan rangkaian 5G di negara ini.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Idham Nawawi, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad dan juga Michael Yuan, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend