CDOC Beri Peringatan Kepada Warga ATM Mengenai Penggunaan Aplikasi Tik Tok Comments Off on CDOC Beri Peringatan Kepada Warga ATM Mengenai Penggunaan Aplikasi Tik Tok

Hari ini Kementerian Pertahanan Malaysia mengeluarkan satu peringatan berhubung penggunaan aplikasi Tik Tok yang semakin tular di seluruh negara yang melibatkan warga ATM. Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) melalui Facebook Kementerian menegaskan supaya kakitangan beruniform khususnya tentera tidak sewenang-wenangnya memuat naik video yang memalukan diri sendiri dan organisasi.

CDOC juga mengingatkan bahawa setiap anggota yang bernaung di bawah KPM bertanggungjawab untuk mematuhi garis panduan media sosial ATM iaitu warga ATM untuk tidak melanggar tatacara dan kriteria semasa memuat naik kandungan ke media sosial. Antaranya ialah tidak menjejaskan imej ATM, tidak mempunyai niat mengaibkan individu atau kumpulan tertentu, dan tidak memuat naik gambar-gambar yang melambangkan anda seorang tentera.

Jadi jika anda seorang warga ATM, anda tidak perlukan publisiti murahan dan memalukan diri melalui aplikasi Tik Tok ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend