Caviar Perkenal Tiga Varian Samsung Galaxy Fold Edisi Mewah Terhad Dengan Harga Mencecah Sehingga RM34,387 Comments Off on Caviar Perkenal Tiga Varian Samsung Galaxy Fold Edisi Mewah Terhad Dengan Harga Mencecah Sehingga RM34,387 294

Mungkin ramai di antara sudah sedia maklum bahawa harga telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat bukanlah disasarkan untuk golongan pembeli biasa, ini kerana harga jualannya yang dilihat terlalu tinggi iaitu mencecah lebih daripada RM8,000.

Game Of Thrones Edition

This slideshow requires JavaScript.

Namun begitu, baru-baru ini pengeluar produk mewah yang berpangkalan di Rusia iaitu Caviar, telah memperkenalkan tiga varian Samsung Galaxy Fold edisi mewah yang sememangnya disasarkan untuk golongan jutawan. Ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad, tiga varian Samsung Galaxy Fold yang akan ditawarkan itu adalah Game Of Thrones Edition, Classic Leather, dan juga Classic Carbon.

Classic Leather

This slideshow requires JavaScript.

Di antara ketiga-tiga varian yang diperkenalkan, varian Game Of Thrones Edition merupakan yang paling mahal dijual iaitu mencecah USD8,200 (kira-kira RM34,387) dan sebanyak tujuh unit sahaja akan dijual. Manakala varian Classic Leather akan dijual pada harga USD6,180 (kira-kira RM25,918), dan varian Classic Carbon pula berharga USD5,870 (kira-kira 24,619). Sebanyak 99 unit akan dijual untuk kedua-dua varian ini.

Classic Carbon

This slideshow requires JavaScript.

Samsung Galaxy Fold edisi mewah keluaran Caviar ini sudahpun boleh dipra-tempah melalui laman rasmi https://caviar.global/caviar-samsung-fold/, dan ia boleh dihantar ke seluruh dunia tanpa dikenakan kos penghantaran.

Baca juga:

Samsung Dilaporkan Telah Menemui Cara Untuk Mengatasi Isu Skrin Pada Samsung Galaxy Fold

Samsung Galaxy Fold Diperkenalkan – Peranti Inovasi Yang Berharga Lebih RM8,000

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend