Caviar iPhone Tourbillon Dengan Kerangka Emas 24 Karat Dilancarkan – Harga Mencecah RM40,169 0 164

Jika satu ketika dahulu pangkat, barang kemas, kereta dan rumah telah menjadi simbol status seseorang, kini telefon pintar juga boleh disenaraikan sebagai salah satu daripadanya. Ini kerana harga untuk telefon pintar edisi terhad yang diubahsuai semula oleh jenama mewah dilihat telah dijual pada harga yang tidak masuk akal.

 

Caviar yang merupakan pengeluar jam tangan mewah dari Rusia, baru-baru ini telah melancarkan edisi terhad iPhone XS dan XS Max dengan sentuhan kerangka yang diperbuat daripada kerangka emas 24 karat. Bahkan ia turut hadir dengan mekanisma tourbillon (vorteks) yang mampu mengatasi pengaruh graviti pada pergerakan jam tangan, sekaligus menjanjikan masa yang sangat tepat.

Bahagian depan iPhone XS dan XS Max ini masih dikekalkan sama seperti model asalnya, tetapi yang membuatkannya lebih unik adalah rekaan panel belakang telah diubah dengan sentuhan mewah yang unik. Malah ia turut tersedia dengan muka jam Caviar yang agak besar dan menyerlahkan rekaan keseluruhan peranti ini.

Caviar iPhone Tourbillon telah dihasilkan sebanyak 99 unit sahaja dan setiap satu daripadanya menampilkan sentuhan muka jam yang berbeza. Model iPhone XS 64GB edisi terhad ini akan dijual pada harga USD8,370 (kira-kira RM34,238) dan ia turut ditawarkan dalam storan 256GB atau 512GB.

Manakala model iPhone XS Max pula, ia akan ditawarkan pada harga bermula daripada USD9,110 (kira-kira RM37,265) untuk storan 64GB. Ia turut tersedia dalam ruang storan yang lebih besar mencecah sehingga 512GB dan akan dijual pada harga USD9,820 (kira-kira RM40,169).

sumber

Baca juga:

Apple iPhone XS Max Ini Dijual Pada Harga Melebihi RM50,000

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend