Caviar iPhone 11 Universe Diamond Dibuka Untuk Tempahan, Harga Bermula RM209k Comments Off on Caviar iPhone 11 Universe Diamond Dibuka Untuk Tempahan, Harga Bermula RM209k 244

Bulan hadapan sekitar minggu kedua (mungkin 10 September), Apple dijangka akan melancarkan barisan iPhone 11, Watch Series 5, dan sistem operasi terbaru iOS 13.

Ketika ini banyak imej pengolokan telah diperlihatkan dan salah satunya yang dikatakan bakal digunakan ialah rekaan tri-kamera belakang untuk model iPhone 11 Pro / 11 Pro Max.

Hari ini melalui laman rasmi pengeluar telefon pintar mewah, Caviar, syarikat ini telah mula membuka tempahan untuk iPhone 11 dalam beberapa siri edisi terhad.

Apa yang menarik perhatian ialah Caviar mempamerkan iPhone 11 dengan rekaan tri-kamera yang sama seperti digambarkan sebelum ini. Beberapa edisi terhad kini dibuka untuk tempahan antaranya ialah Apollo 11, Universe Diamond, Universe, Singularity, Soyuz, dan Explorer.

Mata kami terbeliak melihat iPhone 11 Universe Diamond, edisi ini membolehkan pelanggan mereka bentuk kerangka iPhone 11 mengikut citarasa sendiri seperti menggunakan batu permata terbaik, berlian gred tinggi, serpihan sisa orbit, malah serpihan batu dari bulan.

Harga yang ditawarkan pula bermula USD49,990 (~RM209,036) hingga USD50,670 (~RM211,880) bergantung kepada pilihan storan iPhone.

Kami merasakan Caviar hanya menggunakan imej pengolokan sebagai rujukan kepada pelanggan untuk tempahan awal iPhone 11 edisi terhad, memandangkan proses menyiapkan peranti mewah ini mengambil masa dan perincian yang agak lama sebelum ia dilepaskan kepada pelanggan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend