Caviar 11 Pro Victory Diumumkan, Versi Mewah Melampau iPhone 11 / 11 Pro Comments Off on Caviar 11 Pro Victory Diumumkan, Versi Mewah Melampau iPhone 11 / 11 Pro 113

Pengeluar telefon pintar Rusia, Caviar baru-baru ini telah membuka tempahan iPhone 11 Pro versi mewah kepada para pelanggan mereka. Ia dinamakan Caviar 11 Pro Victory, direka istimewa untuk pengguna yang mahukan kelainan dan tampak eksklusif.

Koleksi edisi terhad Victory ini menawarkan rekaan tubuh badan yang diperbuat daripada tembaga, titanium, emas, berlian, onyx buatan, ataupun kulit haiwan eksotik. Pelanggan bebas memilih mana-mana kemasan yang dimahukan pada harga bermula USD4,430 (~RM18,595) sehingga USD30,910 (~RM129,743) untuk varian tertinggi, Victory Diamond.

Panel belakang edisi Victory ini dihiasi rekaan yang berbeza pada bahagian atas dan bawah, ia memberikan paras rupa yang unik lantas mengubah rekaan asal kamera utama peranti ini.

Daripada segi dalaman, peranti ini masih mengekalkan spesifikasi asal tetapi untuk konfigurasi memori, pelanggan boleh memilih sama ada mahukan storan 64GB, 256GB, atau 512GB.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend