Casing Ini Mampu Jadikan iPhone Anda Sebagai Brick Game Yang Popular Pada Era 90an… Comments Off on Casing Ini Mampu Jadikan iPhone Anda Sebagai Brick Game Yang Popular Pada Era 90an… 361

“Apa susah-susah beli casing hanya untuk main game konsol, download je dekat App Store kan senang!”

Memang ada betulnya kenyataan di atas, tetapi pengalaman bermain langsung tidak sama dan yang paling penting hanya golongan yang lahir tahun 70an atau 80-an sahaja yang faham sebabnya…

Kini pemilik iPhone model 6/6 Plus, 6s/6s Plus, 7/7 Plus, 8/8 Plus dan juga iPhone X, boleh mengimbau semula nostalgia lama sewaktu bermain permainan popular Tetris pada konsol permainan mudah alih yang sangat ‘hot’ pada ketika itu yang dikenali sebagai Brick Game.

Dengan menggunakan casing keluaran WANLE, anda bukan sahaja boleh melindungi iPhone kesayangan, tetapi dalam masa yang sama boleh menghabiskan masa lapang dengan memainkan permainan Tetris yang lengkap dengan butang kawalan pada bahagian belakangnya.

Lebih menariknya, casing Brick Game ini mempunyai slot bateri yang berasingan dan tidak akan menyebabkan iPhone anda kehabisan bateri. Malah ia turut memiliki speaker terbina-dalam yang sudah tentunya lebih menghiburkan ketika bermain.

Casing WANLE ini dijual dalam kuantiti yang terhad dan kini dijual pada harga diskaun iaitu hanya USD24.95 atau bersamaan dengan RM96.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend