Carousell Lancar ‘Program Hak Pemilik Carousell’ (CROP) Untuk Menangani Isu Barangan Tiruan Comments Off on Carousell Lancar ‘Program Hak Pemilik Carousell’ (CROP) Untuk Menangani Isu Barangan Tiruan 283

Baru-baru ini Carousell selaku salah satu daripada pasaran mudah alih terbesar telah mengumumkan pelancaran Program Hak Pemilik Carousell (Carousell Rights Owners Programme atau lebih dikenali sebagai CROP.

Inisiatif baharu ini telah diperkenalkan sebagai sebuah platform yang akan digunakan untuk menangani isu penyenaraian barangan yang tidak sah (tiruan) dengan kerjasama rakan kongsi jenama. Melalui CROP ia mampu menawarkan jaminan kepada jenama, di mana hak mereka lebih dilindungi, dan para pengguna dapat berurusan dengan lebih yakin di platform pasaran atas talian.

CROP membolehkan rakan kongsi jenama yang dipercayai untuk menyingkirkan senarai replika jenama dari Carousell dengan lebih mudah dan cepat. Mula beroperasi pada Disember 2018, CROP setakat ini telah berjaya menyingkirkan 13,000 penyenaraian yang didapati barangan yang tidak sah di platform tersebut.

Buat masa ini hanya rakan kongsi jenama terpilih yang mana aktivitinya dipantau teliti oleh Carousell sahaja yang mendapat akses terhadap CROP seperti Nike, Grab, Gucci, Yves Saint Laurent, Balenciaga dan Bottega Veneta.

Muat turun aplikasi Carousell:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend