Carousell Komited Sumbangkan Inventori Iklan Bernilai RM6j Untuk NGO Comments Off on Carousell Komited Sumbangkan Inventori Iklan Bernilai RM6j Untuk NGO

Carousell hari ini telah mengumumkan pelancaran ‘COVID-19 Free Ads for Charity’ sebagai salah satu inisiatif untuk membantu memerangi penularan wabak COVID-19.

Melalui inisiatif ini, Carousell akan menawarkan program sokongan pengiklanan untuk organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) dalam membantu masyarakat yang terkesan dengan impak COVID-19.

Dana bernilai RM6 juta ini akan tertumpu dalam menyokong mana-mana organisasi bukan berasaskan keuntungan di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Filipina serta usaha mereka untuk menambah bekalan makanan dan produk kesihatan penting, sumbangan untuk kos penyelenggaraan, sukarelawan dan juga inisiatif menjaga keluarga berisiko tinggi, dan warga emas yang memerlukan bantuan.

Inisiatif ini akan dilancarkan dengan kerjasama dari badan berkebajikan sedia ada termasuklah Parents without Partners Berhad di Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Singapura, Habitat For Humanity di Hong Kong dan Caritas Manila di Filipina. Organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) yang berminat boleh membuat permohonan di https://caro.sl/freeadsforcharity.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend